Tuesday, December 6, 2011

Rebut 7 Sebelum 7

Entri ini sebagai nasihat dan pedoman kepada diri saya sendiri & rakan2 yang sudi membaca.
Ia adalah berkenaan rebutlah 7 perkara sebelum datangnya 7 perkara. Biasanya kita dengar orang berbicara tentang 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu:

1) Sihat sebelum sakit
2) Lapang sebelum sempit
3) Kaya sebelum miskin
4) Muda sebelum tua
5) Hidup sebelum mati

Tetapi yang ini sedikit berbeza daripada itu. Ianya adalah:

1) Waktu selesa sebelum datangnya papa yang melupakan
2) Hidup sederhana & berhemat sebelum datangnya kaya yang menyombongkan
3) Waktu sihat sebelum datangnya sakit yang membinasakan
4) Waktu muda belia sebelum datangnya tua yang nyanyuk
5) Waktu hayat masih ada sebelum datangnya kematian yang datang secara tiba2
6) Waktu aman daripada fitnah sebelum datangnya dajjal (sejahat2 makhluk yang akan turun)
7) Waktu dunia yang masih tenang sebelum sampainya kiamat  (kiamat yg sangat dasyat dan mengerikan)

Ingatlah wahai kawan2 dunia semakin menghampiri kiamat. Saya berharap agar diri saya dan kawan2 (muslim) sekalian dapat memanfaatkan 7 perkara ini dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment